3 Sebab Boleh Hadap Sampai Berjam-jam?

Views


Assalamualaikum w.b.t

3 Sebab boleh hadap sampai berjam-jam? Haa samelah jugak dengan tukang nak cerita ni jugak kan. Macam mana boleh hadap lama-lama sampai berjam kan tak pening kepala ke, tak bosan ke, dan banyak tak tak tak nya lagi. Sebenarnya banyak sebab-sebab kenapa sesetengah orang boleh hadap satu-satu benda sampai 8 jam 10 jam dan lebih daripada tu pun ada, nak tahu? Sambung baca habis oky..
  1. Sebab pertama ialah.. terlalu leka dengan yelah zaman sosial sekarang ni dengan facebook, instagram, Whatapps, Wechat, twitter dan seangkatan dengannya lah. Kalau dapat hadap rela tak makan sehari suntuk pun takpelah kenyang perot dok hadap benda tu je kann. Wahh rasa tak bahagia kalau tak dapat update status post gambar, tu lah manusia sekarang kan ada yang masuk tandas pun nak update jugak tu, jatuh parit pun update, orang tanam mayat pun nak diupdate jugak ahh mengarot sungguh.
  2. Seterusnya, yang kedua pulak sebab game. Haa ni kebanyakkan kaum-kaum sado ni lah..hakhak. Game tu bagi dorang tu lah kehidupan hidup nya, tak jumpe game tak sah rasanya dan tak senang rasanya sehari suntuk tu. Tambah pulak game c.o.c, game ape ke lagi tah ape ke benda tah tak paham dengan jiwe-jiwe game macam gitu.huhu.. Kadang orang panggil sampai tak dengar pulak tu, parohhh parohhh.. Agaknya kalau bom meletop tepi telinga sedar tak?? hakhak.. 
  3. Ketiga pulak search maklumat berkaitan ape-ape ke contoh macam pekerjaan. Yang ni boleh lah jugak mendatangkan manfaat. Kebanyakkan penganggur-penganggur diluar sana memang suka buat aktiviti ni search jawatan kosong, search job malaysia, search spa, search maukerja, search segala laman-laman yang mengiklankan jawatan-jawatan kosong. Selagi boleh search di search kan aje. Asyik search je kekadang sampai leka dah 4 5 jam depan laptop.
Kesimpulanya,(Wahh..dah macam buat karangan bahasa melayu ada kesimpulan bagai) boleh kalau kita nak hadap satu benda tu lama-lama asalkan mendatanglan faedah dan manfaat yang berguna jangan hanya membuang masa dengan benda tidak mendatangkan hasil. Sekian, penat menaip berjeler ni..huu semoga mendapat sedikit panduan berguna.



Photobucket

♥ Copyright Oleh Fatisya 2015 ♥